Blogger Template by Blogcrowds

Jom rileks..!!!

Haa, kali nie aku nk korang hepi-hepi sket nak tak? Adala lawak dr member2 aku yg dulu2..Kalo share nie ngan korang gempak gak kan? Eheh, sorila lama tak apdet..kehkeh..Enjoy people!!!

CITER HANTU

nak cerita satu cerita hantu nih..baca ye…cerita dia macam nih… cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada sorang taxi driver ni suka sangat cari duit lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu kalau orang naik, dia kenakan mahal2..orang terpaksalah sebab takut nak tinggal sorang2…

satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat stesyen bas kat bandar tu..dia tu tunggu bas express dari mana2 yang sampai tengah malam buta..sebab lama tunggu tapi takde pun bas sampai, dia pun nak chow la….tengah dia start engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke kota bharu singgah kat situ. tapi ada sorang aje penumpang yang turun. pompuan seksi pulak tu…dia pun tersengih la….nampak mangsa la tu….dia pun cepat2 keluar dari teksi dan pegi kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa dia, sikit2 macam you la…. ( just kidding..)
tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun offer la nak hantar pompuan tu..sebab malam dah larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap sunyi kat bus station tu, pompuan tu pun setuju ajelah….(baik2 sikit..dah nak suspen ni…) lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat belakang..kampung dia lebih kurang 15 minit dari bandar tu…tapi memang ceruk gila la..
teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan tu sepanjang perjalanan, tapi pompuan tu senyap aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum dengan bau minyak wangi pompuan tu aje..sepanjang-panjang perjalanan tu diorang tak cakap apa..
bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan tinggal hutan aje..malam pulak tu gelap gila…mamat tu drive slow aje…

TIBA-TIBA…(jeng..jeng..jeng….), pemandu teksi tu tercium bau busuk sangat….dia cool aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk pulak..dia dah mula gelabah! dia cuba tengok kat cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk aje..makin lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab dia dah tak sedap hati dah le sepanjang jalan tu gelap gelita….
tak lama lepas tu..diorang lalu kubur orang Islam…lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh lelaki tu berenti..dari jauh, pemandu teksi tu nampak le ada cahaya lampu kejauhan macam dari sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis! pompuan tu pun tanya berapa bayaran, pemandu teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya, kalau jauh macam tu dia charge sampai 20 ringgit..tapi standaard lah kan..dah takut tu….

lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat keluar..lelaki pun lega la..bau busuk pun dah hilang..tengah dia nak start engine balik tu..tiba- tiba ada orang ketuk tingkap kereta dia! dia terus berdebar2 gila…dia taknak pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik aje tangan dia lowerkan tingkap tu..dia jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata dia,pompuan tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih tunduk..tetiba aje pompuan tu pun cakap:
”Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi tadi..saya terkentut sebab sakit perut sangat. siang tadi baru makan telur pulak tu…” lepas aje dia cakap tu, dia pun berlari ke arah rumahnya dan kedengaran lah oleh pemandu teksi tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah sakit perut gila..yang dia asyik tunduk dalam teksi tu sebab dia malu dia terkentut. sekian, terima kasih..

NURSE YANG SEXY

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .
Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...
Feddy gembira dan berkata...

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

WHAHAHAHA... sengal..

LAWAK LA PULAK

Siapa Di Luar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”

B.I
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.



Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.



Kena

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

BACA NIE PULAK YEE

kisah 1:

Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”



kisah 2:

Teruna: “Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.”
Cewek: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.”
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna:: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Dara: “Apakah kau pernah berlaku curang?”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Dara: “Maukah kau menciumku?”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”

**Sila baca dari bawah ke atas.**


kisah 3:


3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..

pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..

Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..

Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..

Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…

Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..




4 comments:

YAY FINALLY UPDATES! N OMG SO FUNNY LA!

April 7, 2009 at 7:46 AM  

shima busuk!!
nice jokes btw,
;D




-youknowhoiam-

April 7, 2009 at 8:08 AM  

Hi ShiMa...
GoOd PoSt,KeEp Up GoOd Work
btw,thAnks 4 visitiNg mY blOg
SeE Ya..

July 23, 2009 at 8:59 AM  

SELAMAT HARI RAYA shima!!!
rindu sangat nagn awak

September 18, 2009 at 11:47 PM  

Newer Post Older Post Home

MY AL-QURAN

Listen to Quran

BIG NUFF